Jumaat, 31 Mei 2013

Dah Terlalu Lama,

lama betul aku x update blog nie.. sebab lupa password .. hope after this boleh updtae selalu.. so untuk permulaan nak share sesuatu..

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412) 

Rabu, 3 Februari 2010

cinta untuk diriku

sajak ini nurkilan terbaru ku.... harap sesiapa yang membaca sajak ini dapat memahami apa yang aku ingin sampaikan..

Indahnya andai hidup ini dipenuhi cinta.
Cinta suci yang tulus, yang indah, yang membawa suka dan yang menghapuskan duka.
Namun, dimana letaknya cinta?
Pada siapa harus ditujukan cinta?
Pada ibu, pada teman, pada kekasih atau pada Si Pencipta yang agung?
Sanggupkah aku untuk mencinta?
Sedang aku tidak tahu dimana letaknya cinta.
Layakkah aku untuk dicinta?
Sedangkan aku tidak tahu akan siapakah digelar pencinta.
Cinta sesama insan kurniaan agung yang begitu indah.
Terasa hilang fungsi akal andai aku dilamun oleh cinta,
Terasa lenyap detiknya masa apabila berhadapan dengan cinta.
Namun, apakah aku mampu mempelihara cinta ini?
Apakah aku layak menjaga kurniaan agung dari Si Pencipta?
Mungkin aku tidak mampu.
Mungkin aku perlu mencintai Dia, Si Penciptaku.
Akan tetapi, kenalkah aku akan Dia?
Dimanakah letaknya cinta Dia?
Layakkah aku untuk mencintaiNya?
Andai aku tahu dimana letaknya cinta Si Penciptaku,
Akan aku genggam, aku belai, aku pelihara agar ianya berputik semekar kemboja di taman syurgaNya.
Terasa letih memikirkan cinta.
Sedang aku masih samar apakah cinta dan dimanakah cinta.
Mungkin aku perlu mencintai aku, aku perlu mempelihara cintaku terhadap diriku.
Aku perlu memekarkan cinta aku untuk diriku,
Kerna pada firasatku,
Andai aku cinta akan diriku, akan ada insan yang mencintaiku.
Dan akan ada cinta dalam diriku untuk Penciptaku.
Orangtua
Rumah puaka 4.11 am
21/01/2010