Ahad, 26 April 2009

hari ini

hem...
pagi-pagi lagi dah kene buat panggilan telefon. aku tahu lah suara aku nie sedap. hhehehehe, hari nie enjoy sikit wat kije. aku rasa best sgt. mcm dah jd pegawai. dah lah ade bilik sendiri. hari ini ape yg aku nak kongsi adalah tentang arahan. kenape ade manusia yg x boleh ikut arahan walaupun arahan tu senang. hem ade jugak yang boleh ikut tp wat2 x tahu.

kepada korang semua aku harap tlglah ikut sesuatau arahan. kadang2 memang x der kesan ape2 tpi orang yg bg rahan tu mungkin akan dapat sesuatu bile korang respond atau pun tak.

eh membebel pulak aku nie...

hehehehe
jagan marah e

satu lagi korang. satu persoalan untuk korang dan aku sendiri. setahu korang sejauh mane orang disekeliling korang suke kat korang.. hah berat persoalan tu. . entah2 ko rang ingat manusia , haiwan , pokok suke kat korang tpi sebenarnye x.
heheheh
tapi pokok nak tahu mcm mane ek.
hehehehe

k lah ade kije lg nie ..
sambung nanti, jawab tau persoalan tu..
heheheh
serangkap pantu lagi

anak itik sedang berjalan,
sambil berjalan makan kuaci,
hidup kite jgn perasan,
lau x nak orang benci..
hahahahahah

Sabtu, 25 April 2009

perjalananku

aku sekarang dah pun menamatkan semester ke empat dalam study aku..
hem lamanye aku rasa nak habis.
tapi x pelah dah itu tekad aku. walaumacam mane pun aku akan teruskan juga. hari tu aku ker IJN untuk dpat kan rawatan berkenaan status penyakit aku, sedih aku rasa bile respond dari dr amat menyedihkan, pihak IJN jugak mengesahkan tentang penyakitku.
memanglah setakat ini x begiitu serius namun aku rasa macam kecil bile.. kecil macam mane tu yang aku x tahu. hahahaha tapi aku redho dengan ketentuan Illahi. nak wat cam ne , ni dugaan Dia nak bagi. time je lah..
sekarang aku sedang menjalani latihan industri dekat KPDNHEP Kuala Terengganu. disini banyak yang aku dapat pelajari , tentang kerja, manusia protokol politik dan macam 2 lagi. penat tu memanglah tapi aku terima dengan ikhlas demi ilmu. semoga ianya dapat aku gunakan pada masa akan datang.

aku rindu sangat dekat mak aku dan arwah ayah aku. hem tapi hanya aku yang tahu kenape aku menjalani latihan industri disini. kengkawan semua mcm salahkan aku knp x balik tempat aku, tapi biarlah aku je yang tahu. aku tulis perjalanan hidup aku nie bukan lah untuk mendapat perhatian ramai atau dalam erti kata lain mencapub, tapi aku mintak siapa yg baca nie dapat mencari sedikit ikhtibar dari perjalan hidup aku. aku bukak blog ni pun sebab nak kongsi ilmu. lau ade yang salah tolonglah betulkan. lau ade ilmu amik. lau ade hiburan buatlah jd santapan halwa sahaja. hiburan x salah janji x lebih dan x melalaikan dr melakukan yang wajib.

kepada pengikut blog aku nie. Insya Allah lepas nie aku akan update blog nie selalu. dan semoga korang terhibur disamping mendapat sdikit sebanyak ilmu.

aku akan ceritakan sehari demi sehari tentang hidupku. (yg boleh dikongsi sahaja)
lau ader idea ke , cerite nak kongsi ker, bg je t kite bincang or tap sama-sama.

k lah nak wat kije kene minit fail, nak close fail program.. t aku cerite lagi ape nak dicerite k.
terima lah serangkap pantun dari aku...

anak musang ank kera,
duduk berjalan atas batu,
kalau korang ade cerita,
kongsilah dengan aku.

Rabu, 25 Mac 2009

pepatah yang telah diubah oleh anak muda...

ini adalah pepatah yang telah diubah.. namun masih mengandungi masej.. namun ianya sekadar untuk hiburan..

semoga tidak disalah ertikan..

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh diundur, terlajak kapal terbang tiada gear reverse.


2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.


3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.


4. Alang-alang mandi biar guna syampoo.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.(tulah... lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)


6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... pulut pun habis.


7. Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)


8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.


9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.


10. Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi...)


12. Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.


13. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.


14. Biar korek hidung jangan korek tabung.


15. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.


16. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.


17. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi..... boleh blah.... lah....


18. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.


19. Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.(itu... mesti ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)


20. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.


21. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macamtu lebih baik tak payah hujan.


22. Biar lambat asalkan perlahan.


23. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....


24. Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.


25. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.


26. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri kahwin.


27. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tanganlah....


28. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.


29. Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak ajelah....


30. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan


31. Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala masing-masing lah)


32. Patah tumbuh, hilang report-lah polis.


33. Susu punya lembu, Ducth-Lady dapat nama.


34. Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.


35. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.


36. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpak jugak.


37. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah
beli jarum yang baru.


38. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)


39. Bunga tahi ayam bukannya sekuntum....


40. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satey Kajang lagi best......


41. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.


42. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai.


43. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak buang...

senyuman terakhir

Kali pertama kami bertemu tiada langsung niat untuk mengenali antara satu sama lain. Dia dengan halnya, aku dengan hal aku. Namun kerana statusnya sebagai seniorku terpaksa juga aku mengenali dirinya. Izam, itulah panggilanku kepadanya dan nama itu juga yg terpahat di hati setelah hampir 2 tahun usia pengenalan kami. Izam seorang lelaki yg simple, sejuk mata memandang dan paling aku suka, dia tak pernah lekang dgn senyuman manisnya. Mungkin keramahannya yg membuatkan kami semakin rapat, ya antara kami sudah tiada rahsia. Izam dan maira..
Hari ini kuliahku tamat agak awal jadi aku mengambil keputusan untuk menunggu izam di kafe, ada sesuatu yg ingin kuberi kepadanya memandangkan hari lahirnya yg bakal menjelang. Aku tahu terlalu awal untuk hadiah itu namun aku tetap ingin menghadiahkan izam sesuatu. Hampir 5 minit kemudian izam tiba dgn senyuman manis terukir di bibirnya.
“Assalamualaikum..sorry ye wak, saya ada hal td..” Dia mengambil tempat di sebelahku, perlahan aku menjawab salamnya.
Aku mengambil bungkusan di dalam beg lalu kuserahkan kepadanya. Raut wajah izam agak panik, digaru-garu kepalanya yg tak gatal.
“Erk..apa ni wak?
““Untuk awk la..saya kasi wak, tgk la suka ke tak”
Dahi izam berkerut-kerut namun jarinya pantas mengoyak balutan hadiah itu.
Kemudian dibukanya kotak kecil yang berbentuk hati.
Matanya bersinar cerah, lantas dikeluarkannya jam tangan hadiah pemberianku itu.
“Ya Allah..maira! ini jam hari tu kan? Awak, jam ni kan mahal. Kalau awak guna duit tu utk belanja kan lebih baik..”
“Suka tak?”
Aku cuba menduga. Itulah jam tangan yg paling diminati izam, namun disebabkan kekurangan wang dia tidak jadi membelinya. Ketika itu kami keluar untuk membeli barang-barang keperluan rumah, aku dan izam masing-masing menyewa di luar kampus jadi kami sering mengambil kesempatan utk keluar bersama.
Izam menggangguk kecil. “Suka, tp kurang suka awk bazirkan duit utk saya. Well, jam ni utk apa? Birthday saya lambat lagi, bulan depan la maira..”Aku tersenyum memandang gelagat izam. Sememangnya dia begitu, selalu berpesan agar aku berjimat cermat. Katanya, dia sudah rasa bagaimana susahnya utk mendapatkan wang, keluarganya sederhana sahaja namun kaya dgn kasih sayang. Bagiku, bukankah itu lebih berharga?
“Awk, salah ke kalau saya hadiahkan something utk awk? Lagipun sepanjang kita berkawan, saya jarang kasi awk hadiah kan? Takpe la, nanti birthday awk saya kasi lagi ok?”“Abis saya slalu ke kasi awk hadiah? Ok, hadiah ni saya terima sebagai hadiah hari lahir, tp saya tak nak hadiah lain dah, sebab ni pun dah sangat berharga wak..”Mata izam memandangku penuh makna. Akhirnya aku mengalah di hadapannya. Dalam hati aku tetap mahu hadiahkan sesuatu buat izam. Sejak kebelakangan ini kami jarang bertemu kerana izam sudah berada di tahun akhir, banyak kerja yang perlu diuruskan jd aku tak mahu hubungan kami menjadi hambar. Sebolehnya aku mahu kami sentiasa gembira.
Jam tanganku sudah menunjukkan jam 8.30 mlm. Hari ini, 19 Jun, usia izam genap 23 tahun. Hari lahirnya yang kuraikan utk kali ke-2. Awal-awal lagi aku sudah menanti kedatangan izam utk menjemputku di rumah. Kami berjanji utk meraikannya di sebuah restoren seafood. Itu semuanya cadanganku, aku mahu izam sentiasa gembira kerana setiap kali dia tersenyum, senyuman itu cukup menenangkan. Izam tiba tepat pada masanya. Kami sedondon biru tanpa disengajakan, atau memang sudah jodoh? Aku tertawa sendiri.
Kereta yg dipandu izam meluncur laju menuju ke destinasi. Kami tak banyak bercakap kerana izam lebih menumpukan perhatian utk memandu. Malam ini kereta berpusu-pusu, mungkin malam minggu jadi org ramai mengambil kesempatan utk bersantai di tepi-tepi pantai. Izam memandangku sekilas, sempat aku melihat dia tersenyum manis. Ah, senyuman itu lagi..
” Jom, dah sampai. Awk turun dulu nanti saya follow, susah pulak nak cari parking. Takpe, saya parking jauh sikit..”
Aku menggeleng. “Saya ikut. Kita jalan sama-sama la, lagipun saya dah tempah meja so, don’t worry ok? Now, awk parking je kat depan tu..tu..”Izam ketawa bila aku menjuihkan mulut ke arah parking yg kosong. Setelah meletakkan kereta kami sama-sama berjalan ke restoren itu. Aku sememangnya telah menempah meja yg terletak di hujung sudut restoren, betul-betul menghadap ke arah pantai. Agak romantik dan sesuai untuk kami berdua.
“Selamat hari lahir izam..ni utk awk, ikhlas daripada saya.” Sebuah bungkusan berbalut kemas aku serahkan kepada izam.
Izam memandangku agak serius. Aku tahu dia marahkan aku kerana melanggar permintaannya supaya tidak memberikan hadiah lain. Entah mengapa, aku betul-betul mahu hadiahi izam sesuatu, dan kali ini aku menghadiahkan sebentuk cincin silver untuknya. Izam masih seperti tadi, tiada tanda-tanda utk menghadiahkan senyumannya kepdaku seperti selalu.
“Awk..saya ikhlas ni..hari ni baru betul-betul birthday wak, hari tu hadiah kasih sayang je, ambik la wak..” Aku cuba memujuk. Nampaknya pujukkanku berkesan apabila izam sedikit tersenyum.” Saya dah cakap, tak perlu hadiah wak..apa yg awak bagi selama ni pun dah cukup, kasih sayang, perhatian..hurm, memang degil. Awak igt saya nak biarkan awak je? Ni, utk awak..bukalah.”
Sebuah bungkusan berbalut merah hati dihulurkan kepadaku. Aku kaget, namun setelah didesak izam bungkusan itu bertukar tangan. Lantas dengan cermat aku membuka pembalutnya. Sebuah kotak berbentuk hati, sama seperti yang aku berikan utk izam Cuma lebih kecil saiznya. Kubuka kotak itu, dan kali ini aku terharu. Loket silver berbentuk hati dan di dalamnya ada gambar kami berdua. Cantik!
” Awak..”” Awak pakai la..saya suka tgk awak happy. Kalau boleh tiap-tiap hari saya nak tgk awak..sepanjang masa. Kalau awak rindukan saya, tgk je gambar saya tu. Kalau saya pulak rindukan awak, hurm..saya nak buat apa ek?”Aku ketawa. Izam betul-betul pandai mengambil hati.“Kalau rindukan saya, awak senyumlah..”“Senyum? Kenapa senyum?” Dia bertanya hairan.Aku menarik nafas dalam-dalam. “Sebab senyuman awak tu saya boleh rasa. Setiap kali awk senyum, saya tahulah awk rindukan saya, ok?”“hurm, macam ni?” izam menghadiahkan aku senyumannya, dan aku rasakan inilah senyuman paling manis yg pernah aku lihat di wajah izam. Tenang sekali setiap kali aku melihatnya tersenyum.
Tiba-tiba izam menepuk dahinya. “Saya tertinggal jam tangan tu dalam kereta la wak..saya pergi ambik kejap ya. Mana boleh tak pakai, hadiah special tu..”
“Ikhs..tak payahlah. Kita makan dulu, nanti lepas makan kita jalan-jalan kejap. Kan awal lagi? Kejap lagi la ek?” Aku cuba menghalangnya.
Sayang kalau masa-masa begini dibiarkan berlalu.Izam berkeras mahu mengambil jam tangan pemberianku. Aku hanya mampu mengalah, izam terlalu sukar utk dihalang. Aku mengekori izam dgn pandanganku.
Setelah kelibatnya hilang di celah-celah kereta yang berpusu, aku melihat loket itu sekali lagi. Kami memang padan, itu kata kawan-kawanku. Dan buktinya dalam loket itu kami nampak seiras, sama padan. Aku melihat jam tanganku, sudah jam 9.30 mlm.Beberapa buah kereta baru saja tiba dan diparkir berhampiran dengan restoren.
Aku melemparkan pandangan ke arah jalan yang semakin sesak. Izam sudah berada di seberang jalan dan sempat melambaikan tangannya ke arahku. Bibirnya mengukir senyuman lagi, malah lebih menawan. Aku membalas lambaiannya dan izam berlari-lari anak utk menyeberangi jalan.
Malangnya, ada sebuah kereta yang sedang memecut laju melalui jalan itu.DEBUMMMMM!!!!Ketika itu segala-galanya berlaku terlalu pantas. Aku melihat tubuh izam melayang-layang sebelum jatuh ke atas sebuah kereta.
Kemudian, tubuh yang sudah tidak bermaya itu tergolek jatuh di atas jalan raya. Izam cuba utk bangun, sedaya upaya digagahinya dan ketika itu juga sebuah kereta dari arah yang bertentangan merempuh laju tubuhnya. Izam terjatuh, malah tidak bergerak-gerak.Dan aku?
Aku kaku, tergamam dengan apa yg sedang berlaku. Aku betul-betul keliru. Setelah beberapa org mengerumuni tubuh izam yg sudah terbujur kaku itu barulah aku tersedar. Aku berlari pantas ke arah izam, keadaanya sangat parah. Aku sudah mula meraung ketika memangku kepalanya. Izam sudah tidak berdaya. Puas aku menjerit memanggilnya, dan izam akhirnya terus meninggalkan aku buat selamanya.
Aku meratap, meraung sepuas-puas hati. Izam! Dan ditangannya, sebuah jam tangan yang berlumuran darah masih erat dipegang. Aku menatap wajah kaku izam, dan senyuman itu…senyuman terakhir itu juga pergi buat selama-lamanya…#
Penulis asal tidak diketahui
dipetik dari blog koleksi cinta

cerita sang kancil menipu sang harimau

Harimau ternampak Sang Kancil duduk di bawah sepohon pokok. Pada ranting pokok itu ada sarang tebuan.
“Hah, Sang Kancil ! Puas aku cari kamu, sekarang baru bertemu,” kata harimau. “Apalagi yang kamu hendak, harimau?” tanya Sang Kancil. “Aku nak makan kamu,” kata harimau. “Nak makan aku? Eh, sekarang tak boleh, harimau,” kata Sang Kancil .
Sang Kancil memberitahu dia sedang menjalankan perintah Raja Sulaiman.
“Aku diperintahkan menunggu benda ini,” kata Sang Kancil sambil menunjukkan ke arah sarang tebuan.
Sang Kancil memberitahu harimau itulah gong Raja Sulaiman.
“Baginda akan mendengar bunyi gong ini apabila baginda hendak ke hutan,” kata Sang Kancil. “Tentu sedap bunyi gong raja,” kata harimau. “Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan rasa gembira,” kata Sang Kancil sambil memandang ke arah sarang tebuan itu.
Harimau meminta Sang Kancil memalu gong itu kerana ia sangat ingin mendengarnya. Sang Kancil tidak mahu kerana katanya ia hanya diperintahkan supaya menjaganya, dan bukan memalunya.
“Tolonglah, Sang Kancil. Palulah gong raja itu. Baginda bukan ada di sini,” kata harimau merayu. “Tak boleh. Kalau aku palu gong ini, bermakna aku tak jujur,” kata Sang Kancil. “Bagaimana kalau aku yang memalunya,”kata harimau.
Sang Kancil terdiam. Dia berfikir seketika.
“Baiklah harimau. Jika kamu ingin memalu gong raja ini, biarlah aku pergi jauh dari sini,” kata Sang Kancil.
Sang Kancil memberikan sebatang kayu kepada harimau.
“Palulah gong itu dengan kayu ini apabila aku suruh,” kata Sang Kancil.
Sang kancil pergi dari pokok itu. Apabila sudah jauh,ia berteriak dengan kuat,
“Harimau, palu!”
Harimau pun memalu sarang tebuan itu. Wah, apabila sarangnya dipalu, maka keluarlah semua tebuan itu lalu menyengat harimau.
“Aummmm!” Harimau mengaum dengan kuatnya. Dia meraung kesakitan. Semua tebuan itu menyerang seluruh badannya. Harimau lari dengan lajunya. Akan tetapi tebuan-tebuan terus mengejarnya. Mujurlah ia terjumpa sungai. Ia pun terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan dirinya.

Selasa, 24 Mac 2009

BERITA KEPADA KAWAN

Perjalanan iniTerasa sangat menyedihkan
Sayangnya engkau tak duduk Disampingku kawan
Banyak ceritaYang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan ooho..ooho..ooho..ooho

Tubuhku terguncang Dihempas batu jalanan
Hati tergetar melihat kering rerumputan
Perjalanan ini Seperti jadi saksi..ooo...
Gembala kecil Menangis sedih.. wooho..

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketikanya ku tanya mengapa
Bapak ibunya telah lama mati Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombakKepada matahari
Tetapi semua diam Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri Terpaku menatap langit

Barangkali di sanaada jawabnya...oooo..
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya padaRumput yang bergoyang


Kawan coba dengar apa jawabnya..ooooo..
Ketikanya ku tanya mengapa
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak Kepada matahari
Tetapi semua diam Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri Terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada Rumput yang bergoyang

KEINSAFAN SKETSA KEHIDUPAN

Teman..
Aku berada disuatu ruang yang begitu sempit dan sepi
Ruang yang tiada kata dan bahasa
Sedikitpun suara tidak ada yang mampu melalui ruang itu.
Yang ada hanyalah satu kuasa,yang mampu mengoncang akar dunia ,
yang mampu menggoyangkan tiang langit dan
yang mampu membelah kerasnya tanah.

Semalam enak diriku melamun,
Merasai kelalaian indahnya pentas terbesar hidup ini.
Namun pabila seketika mataku berkelip,
Aku terlantar,
Terasa seolah lumpuh semua kudrat yang dipinjamkan,
Terasa sempit ruang yang menyalurkan kedamaian bagi kehidupan.
Yang hanya aku mampu adalah,
Memanggil, menjerit, meraung dan berteriak memanggil suatu nama.
Allah….. Allah…. Ya Allah…

Ketika ini aku lemah,
Aku dibelenggu ruang yang memerangkap diriku.
Sekiranya aku tahu bila akan sampai waktu itu
Akan aku kuduskan diri ini,
Akan ku zuhudkan segala jiwa ini
Agar tidak akan aku rasakan suatu waktu yang paling aku geruni.


Teman..
Bergerak mata pena ini adalah untuk aku melakarkan sesuatu,
Sesuatu lakaran yang mungkin tidak akan ada gambarannya,
Lakaran yang mungkin tiada hurufnya,
Malah lakaran yang mungkin tiada bayangan diatas kertasnya..
Namun teman mata pena ini aku gerakkan,
demi untuk berkongsi suatu rasa yang mungkin tidak dapat kau rasai..
mengallir semua darah seorang bahadur,
menitis semua titisan air mata seoarang balu,
namun semuanya tidak akan sama dengan apa yang telah aku rasai…

kehidupan adalah suatu pentas amat luas…
kita adalah pelakon yang telah ditetapkan wataknya,
namun kita tidak mengetahui apa akan skripnya..
maka teman..
dalam melakonkan sebuah sketsa yang terbesar ini haruslah kita sentiasa dengannya,
dengan pengarah yang maha agung yang tahu segala jalan cerita ini.
Dan yang mampu mengubah semua perjalan sketsa ini...

Aku berharap teman apa yang telah aku lalui..
Menjadi sebuah sketsa kehidupan
yang mampu menginsafkan dan mampu menyedarkan akan diriku..
serta menyedarkan akan semua watak yang berjalan dalam babak cerita kehidupan ku..
kerna keinsafan adalah sebuah sketsa kehidupan...


NURKILAN ORANGTUA
HSNZ