Ahad, 26 April 2009

hari ini

hem...
pagi-pagi lagi dah kene buat panggilan telefon. aku tahu lah suara aku nie sedap. hhehehehe, hari nie enjoy sikit wat kije. aku rasa best sgt. mcm dah jd pegawai. dah lah ade bilik sendiri. hari ini ape yg aku nak kongsi adalah tentang arahan. kenape ade manusia yg x boleh ikut arahan walaupun arahan tu senang. hem ade jugak yang boleh ikut tp wat2 x tahu.

kepada korang semua aku harap tlglah ikut sesuatau arahan. kadang2 memang x der kesan ape2 tpi orang yg bg rahan tu mungkin akan dapat sesuatu bile korang respond atau pun tak.

eh membebel pulak aku nie...

hehehehe
jagan marah e

satu lagi korang. satu persoalan untuk korang dan aku sendiri. setahu korang sejauh mane orang disekeliling korang suke kat korang.. hah berat persoalan tu. . entah2 ko rang ingat manusia , haiwan , pokok suke kat korang tpi sebenarnye x.
heheheh
tapi pokok nak tahu mcm mane ek.
hehehehe

k lah ade kije lg nie ..
sambung nanti, jawab tau persoalan tu..
heheheh
serangkap pantu lagi

anak itik sedang berjalan,
sambil berjalan makan kuaci,
hidup kite jgn perasan,
lau x nak orang benci..
hahahahahah

Sabtu, 25 April 2009

perjalananku

aku sekarang dah pun menamatkan semester ke empat dalam study aku..
hem lamanye aku rasa nak habis.
tapi x pelah dah itu tekad aku. walaumacam mane pun aku akan teruskan juga. hari tu aku ker IJN untuk dpat kan rawatan berkenaan status penyakit aku, sedih aku rasa bile respond dari dr amat menyedihkan, pihak IJN jugak mengesahkan tentang penyakitku.
memanglah setakat ini x begiitu serius namun aku rasa macam kecil bile.. kecil macam mane tu yang aku x tahu. hahahaha tapi aku redho dengan ketentuan Illahi. nak wat cam ne , ni dugaan Dia nak bagi. time je lah..
sekarang aku sedang menjalani latihan industri dekat KPDNHEP Kuala Terengganu. disini banyak yang aku dapat pelajari , tentang kerja, manusia protokol politik dan macam 2 lagi. penat tu memanglah tapi aku terima dengan ikhlas demi ilmu. semoga ianya dapat aku gunakan pada masa akan datang.

aku rindu sangat dekat mak aku dan arwah ayah aku. hem tapi hanya aku yang tahu kenape aku menjalani latihan industri disini. kengkawan semua mcm salahkan aku knp x balik tempat aku, tapi biarlah aku je yang tahu. aku tulis perjalanan hidup aku nie bukan lah untuk mendapat perhatian ramai atau dalam erti kata lain mencapub, tapi aku mintak siapa yg baca nie dapat mencari sedikit ikhtibar dari perjalan hidup aku. aku bukak blog ni pun sebab nak kongsi ilmu. lau ade yang salah tolonglah betulkan. lau ade ilmu amik. lau ade hiburan buatlah jd santapan halwa sahaja. hiburan x salah janji x lebih dan x melalaikan dr melakukan yang wajib.

kepada pengikut blog aku nie. Insya Allah lepas nie aku akan update blog nie selalu. dan semoga korang terhibur disamping mendapat sdikit sebanyak ilmu.

aku akan ceritakan sehari demi sehari tentang hidupku. (yg boleh dikongsi sahaja)
lau ader idea ke , cerite nak kongsi ker, bg je t kite bincang or tap sama-sama.

k lah nak wat kije kene minit fail, nak close fail program.. t aku cerite lagi ape nak dicerite k.
terima lah serangkap pantun dari aku...

anak musang ank kera,
duduk berjalan atas batu,
kalau korang ade cerita,
kongsilah dengan aku.